Tuesday, 17 June 2014

MUKADIMMAH



BATU KURAU INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2014 (BKMBC2014) yang akan diadakan pada 27 & 28 SEPTEMBER 2014 adalah sebuah pertandingan sukan basikal yang bakal menempa nama sebagai sebuah pertandingan yang berprestij dan dikenali ramai. Ianya adalah kerana pertandingan ini mengikut piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Badan Berbasikal Dunia.

Batu Kurau adalah satu lokasi dalam negeri Perak yang sememangnya terkenal sebagai daerah alam semulajadi yang terpelihara dan memukau saujana pandangan. Batu Kurau memiliki banyak bukit bukau, sungai, air terjun, sawah bendang dan kehidupan berbudaya yang unik.


PEKAN BATU KURAU


SUNGAI AIR TERJUN

SAWAH BENDANG

TEMPAT PERKELAHAN


AIR TERJUN KE 3 TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

BKMBC2014 adalah gabungan cetusan idea antara anak jati Batu Kurau yang telah mencipta nama di peringkat dunia dalam dunia lumba basikal iaitu Khairil Aslanz Rasid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak. BKMBC2014 ini akan diterukan setiap tahun dan akan menjadi acara tahunan bagi daerah Batu Kurau.


BKMBC2014 buat julung kalinya ini akan menjemput peserta dari pelbagai negara luar seperti dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, United Kingdom, Perancis dan beberapa negara lain. Selain membuat perlumbaan, para peserta tempatan dan luar negara dapat berkongsi pengalaman dan maklumat tentang dunia berbasikal ini.