BATU KURAU INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2014 (BKMBC2014) yang akan diadakan pada 27 & 28 SEPTEMBER 2014 adalah sebuah pertandingan sukan basikal yang bakal menempa nama sebagai sebuah pertandingan yang berprestij dan dikenali ramai. Ianya adalah kerana pertandingan ini mengikut piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Badan Berbasikal Dunia.
Batu
Kurau adalah satu lokasi dalam negeri Perak yang sememangnya terkenal sebagai
daerah alam semulajadi yang terpelihara dan memukau saujana pandangan. Batu
Kurau memiliki banyak bukit bukau, sungai, air terjun, sawah bendang dan
kehidupan berbudaya yang unik.
BKMBC2014
adalah gabungan cetusan idea antara anak jati Batu Kurau yang telah mencipta
nama di peringkat dunia dalam dunia lumba basikal iaitu Khairil Aslanz Rasid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria yang juga
Exco Kerajaan Negeri Perak. BKMBC2014 ini akan diterukan setiap tahun dan akan
menjadi acara tahunan bagi daerah Batu Kurau.
BKMBC2014
buat julung kalinya ini akan menjemput peserta dari pelbagai negara luar
seperti dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, United Kingdom, Perancis
dan beberapa negara lain. Selain membuat perlumbaan, para peserta tempatan dan
luar negara dapat berkongsi pengalaman dan maklumat tentang dunia berbasikal
ini.
No comments:
Post a Comment